PENUBUHAN PUSAT SETEMPAT
Pengenalan
Pusat Setempat diwujudkan bagi memastikan perlaksanaan penambahbaikan sistem penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif demi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam serta meransang pertumbuhan ekonomi Negara. Pusat Setempat ini akan memproses permohonan–permohonan pembangunan tanah ( Seksyen 124A dan 204D KTN ), kebenaran merancang dan pelan bangunan secara serentak.
Perlaksanaan Pusat Setempat ini adalah sebagai hala cara baru bagi memendekkan tempoh masa bagi kelulusan pembangunan tanah sebagai alternatif bagi mempercepatkan proses kelulusan tanah dan secara langsung dapat meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan pemajuan tanah di peringkat PBT kearah menzahirkan perkhidmatan yang menyeluruh, cepat dan tepat serta memenuhi kehendak orang ramai.
Matlamat Pusat Setempat
Matlamat penubuhan Pusat Setempat ini adalah untuk memendekkan norma masa memproses permohonan secara serentak cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses cadangan pemajuan di PBT.
Objektif Pusat Setempat
Peranan Pusat Setempat
Peranan Pusat Setempat adalah seperti berikut :
Keahlian Jawatankuasa Pusat Setempat
Pengerusi : Datuk Bandar/Yang Dipertua Majlis
Timbalan : Setiausaha
Setiausaha : Ketua Unit OSC
Ahli : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri
Pengarah Tanah dan Galian
Pentadbir Tanah Daerah
Pengarah Jabatan Kerja Raya
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran
Pengarah Jabatan Alam Sekitar
Pengurus Tenaga Nasional Berhad *
Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia *
Pengurus Telekom Malaysia Berhad *
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan *
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains
Pengarah Jabatan Lanskap PBT
Pengarah Jabatan Bangunan PBT *
Pengarah Jabatan Kesihatan PBT *
Pengarah Jabatan Kejuruteraan PBT *
4 orang Ahli Majlis
Jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan akan dijemput dari masa ke semasa
* Jabatan teknikal akan memberikan ulasan ke atas permohonan pelan bangunan
Fungsi Urusetia Pusat Setempat
Diurusetiakan oleh Bahagian / Jabatan Perancangan Bandar di PBT dan fungsi Urusetia tersebut sebagaimana berikut :
Perkara-Perkara Penting Dalam Perlaksanaan Pusat Setempat
Bahagian Pentadbiran Di PBT
Urusan Penerimaan Permohonan
Urusan Mesyuarat
Perkara-Perkara Penting Untuk Tindakan Semasa Memproses Permohonan Kebenaran Merancang Secara Serentak Di Bawah Seksyen 21, Akta Perancangan bandar dan Desa ( Akta 172 ), Seksyen 124A dan 204D, KTN 1965 ( Akta 56 ), Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 ( Akta 133 ) dan Peranan J/Kuasa Pusat Setempat ( OSC )
a.Penyelarasan Tajuk Permohonanb.Cadangan Bagi Tajuk Permohonanc. Proses Kerja Bagi Pemprosesan Permohonan Serentakd.Keahlian, Peranan dan Fungsi J/Kuasa Pusat Setempat
Nota : Maklumat Terperinci berhubung dengan perlaksanaan OSC bagi Negeri Johor boleh didapati dalam folder Manual Penambahbaikan Sistem Penyampaian Prosedur dan Proses Cadangan Pemajuan dan Perlaksanaan Pusat Setempat ( OSC ) di Negeri Johor di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor pada harga RM 350.00.