WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Pengenalan

Wilayah Pembangunan Iskandar adalah merupakan salah satu daripada pembangunan komprehensif yang terletak di kawasan Selatan Johor yang diwujudkan untuk menjadi pemandu arah yang bertumpu kepada pembangunan zon ekonomi di Selatan Negeri Johor. Ianya mempunyai segala elemen yang diperlukan untuk membangun sebagai sebuah metropolis yang dinamik dan bertaraf dunia.

Baik dari segi kedudukan geografinya, kemudahan logistik yang tersedia, jumlah penduduknya yang agak tinggi yang membentuk modal insan yang berilmu dan berkemahiran, tanah yang luas serta Kerajaan Negeri yang progresif dan berwawasan, dengan berbekalkan kesemua aspek tersebut, Selatan Johor yang telah dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar kini telah dikenalpasti sebagai Pusat pembangunan Negara di bawah RMK-9.

Wilayah Pembangunan Iskandar ini meliputi keluasan tanah kira-kira 2,217 km persegi yang mana mempunyai penduduk 1.35 juta meliputi 43% daripada penduduk di Negeri Johor. Hampir 66% daripada penduduknya adalah merupakan penduduk yang bekerja.

FLAGSHIP ZON

WPI merangkumi 5 flagship iaitu :

1.ZON A - PUSAT BANDAR JOHOR BAHRU

Ianya merangkumi daerah perniagaan dan perkhidmatan serta Zon Bebas Cukai

2.ZON B - NUSAJAYA

Meliputi Pusat Pentadbiran Negeri Johor, Pusat Perniagaan & Kewangan Baru, Bandar MSC Cyber dan Nusajaya Cyber Park serta Hub Pendidikan.

3.ZON C – PORT TANJUNG PELEPAS

Meliputi Port Tanjung Pelepas ( PTP ), Kawasan RAMSAR dan Zon Laluan Kedua Gelang Patah.

4.ZON D – SENAI AREA, PASIR GUDANG

Meliputi Pelabuhan Pasir Gudang dan Zon Industri, Tanjung Langsat Technopolis, Sungai Kim-kim Regional Park, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Rangkaian Hub Bersepadu Skudai, Terminal Hub Senai Multimodal

5.ZON E – TANJUNG LANGSAT

Meliputi Tanjung Langsat Technopolis dan Sungai Kim-kim Regional Park.

a.Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri

Terletak di Bandar Nusajaya yang dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Baru bagi Negeri Johor meliputi Kompleks Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pusat Persidangan DUN, Dataran Mahkota dan Kompleks Menteri Besar Johor.

b.Pusat Pendidikan

Merupakan hub pendidikan yang meliputi Universiti, R & D , Kolej dan  Sekolah Antarabangsa. Kursus-kursus akan meliputiu perubatan, sains sosial, ekonomi, perniagaan, agrikultur, kejuruteraan, komputer sains, seni dan sebagainya.

c.Hub Perubatan

Hub ini meliputi 2 komponen iaitu Medical Park dan Medical City. Ia akan menjadi pusat utama di Asia dalam bidang perubatan meliputi pemulihan perubatan, penyelidikan dan pembangunan R & D.

d.Hub Halal

Hub Industri Halal adalah merupakan satu hub yang diwujudkan untuk mempromosikan industri halal dari segi mempromosi indutri pembuatan tempatan dan membuka peluang baru dalam mengeksport daging halal.

e.Hub Logistik dan Pelabuhan Kelas Pertama

Pelabuhan Tanjung Pelepas adalah merupakan hub kelas pertama bagi pengangkutan terutamanya dalam pelabuhan antarabangsa. Sebagai pelabuhan yang berkembang pesat, ia telah dianugerahkan dengan award ” Best Emerging Container Terminal ”. Dengan jalinan antara Lapangan Terbang Senai, Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas akan mewujudkan pusat bagi kargo hub, logistik dan pelabuhan inland.

f.Waterfront City

Terletak di Selat Tebrau, ia akan mewujudkan pembangunan akan datang seperti marina, kemudahan sukan, hotel antarabangsa, resort dan pusat membeli-belah.

g.Pusat dan Bandar Cyber

Ianya akan meliputi 3 Bandar Cyber – Nusajaya, Kawasan Pusat Perancangan Johor Bahru dan UTM. Ianya akan menyokong kemudahan infrastruktur ICT dan info struktur dan membantu pertumbuhan Pusat dan Bandar Cyber.

h.Hub Biofuel

Pelabuhan Tanjung Langsat akan menjadi pusat penyelidikan pembangunan biofuel dan akan menjadi kawasan industri pelbagai yang akan meliputi pemprosesan chemical, ship building factories, pelabuhan logistik dan tempat simpanan barang.

i.Hub Kewangan Islam

j.Hub Rekreasi, Perdagangan dan Pembangunan Sukan

k.Hub Perumahan dan Taman

l. Pengekalan Sungai-sungai


 

BADAN-BADAN YANG MEMAINKAN PERANAN DALAM PEMBANGUNAN WPI

Badan-badan yang memainkan peranan dalam pembangunan WPI iaitu :

 

1. IRDA – Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar
2. PBT yang berkenaan iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Kulai, Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang dan Majlis Daerah Pontian.
3. Pelabur luar / dalam negeri
4. Projek Kerajaan
5. Individu

PENGENDALI URUSAN WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

IRDA adalah merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menyelia pembangunan Iskandar yang merangkumi kawasan seluas 2,217 km persegi dan meliputi 5 PBT iaitu Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Kulai, Pasir Gudang dan Pontian.

Selain itu, IRDA adalah merupakan badan tunggal yang akan mengendalikan semua urusan berkaitan pelaburan domestik dan asing ke wilayah tersebut.

Bagi urusan yang berkaitan dengan pembangunan tanah pula, permohonan yang diproses oleh IRDA adalah meliputi :

a.Projek Berkonsepkan Bina dan Jual ( BKJ )
b.Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing
c.Projek-projek Kerajaan
d.Projek Yang Mendapat Status IRDA

Terdapat beberapa Rancangan Pemajuan yang terdapat dalam pembangunan WPI iaitu :

  1. CDP – Centralization Development Plan Johor Bahru
  2. RTD Johor Bahru meliputi :
    1. MBJB
    2. MPJBT
    3. MPK
    4. PBT Pasir Gudang
    5. PBPT Daerah Johor Bahru
  3. RTD Pontian

Rancangan Pemajuan ini akan dijadikan sebagai dokumen dalam Pengawalan Perancangan.


PERANAN PBT DALAM WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

  1. PBT sebagai PBPT Seksyen 5, Akta Perancangan Bandar dan Desa ( Akta 172 )
    · Bertanggungjawab untuk mengatur, mengawal, merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasannya. ( Seksyen 6 ( 1 ) ( a ).
  2. PBT sebagai perbadanan untuk melaksanakan projek, rancangan dan melaksana pemajuan dalam kawasan dan kemajuan ( development area ) sebagaimana dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. ( Seksyen 41 Akta 172 ) dan Sekyen 38.
  3. PBT sebagai institusi yang bertanggungjawab dalam memberi dan menyedia perkhidmatan bandar ( Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan ).
    · Menyediakan kemudahan awam seperti dewan, balairaya dan gerai ( Seksyen 64 ).
    · Menyediakan perkhidmatan melalui program pengindahan, pembersihan, pembuangan samp[ah, selaras dengan Kempen health Cities. ( Sekyen 72 – 84 )
    · Menyelenggara dan memelihara bangunan, tempat nilai sejarah dan lanskap
    · Membina, menyelenggara taman awam, kemudahan infrastruktur sukan, stadium dan gimnasium ( Seksyen 101 Akta 171 )
    NOTA : Maklumat Lanjut Berhubung Dengan Pembangunan WPI boleh didapati dengan melayari laman web IRDA di alamat : http: irda.com.my